top of page

SMK Umas-Umas Cawangan Kalabakan telah diwujudkan pada 13 Januari 1997. Pada waktu itu, hanya terdapat 2 orang tenaga pengajar sahaja dan 86 orang pelajar telah berjaya mendaftar bagi memasuki tingkatan satu. Sekolah ini telah menumpang di bangunan SK Kalabakan yang menggunakan 3 buah bilik darjah dan satu buah bilik guru. Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan secara rasminya pada 1 Ogos 1998. Bermula pada 1 Januari 1999, Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan menggunakan 2 blok bangunan sekolah dengan bilangan bilik kelas sebanyak 5 buah dan sebuah bilik guru di tapak sekarang.

 

Sepanjang tahun 2000 hingga 2009, pelbagai penambahan dan pembaikan infrastruktur telah dijalankan dengan lebih giat demi melincinkan lagi proses pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran serta memberi keselesaan kepada semua warga SMK Kalabakan. Antaranya Sistem Pemantauan (CCTV), Kemudahan Internet Tanpa Wayar (Wireless). Hari ini, SMK Kalabakan telah  mempunyai 6 bangunan utama, 15 kelas, 2 Stesen Bekalan Tenaga Solar, Sebuah Kantin, Pondok-Pondok Riadah, Pusat Akses, Pusat Sumber dan Gelanggang Permainan.

Tahun 2010 telah menjadi sejarah kepada warga SMK Kalabakan dengan kejayaan membuka 3 buah kelas baru bagi Tingkatan Empat dalam aliran Sastera, Perdagangan dan Tassawur Islam.

 

Ini menjadikan jumlah pelajar SMK Kalabakan sekarang adalah seramai 524 orang. Koperasi SMK Kalabakan Berhad telah berjaya ditubuhkan dan dibangunkan pada Februari 2011. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menyediakan peralatan sekolah dari masa ke semasa.

 

Tahun demi tahun SMK Kalabakan mengukir sejarah, 2012 telah menunjukkan bahawa sekolah ini tidak ketinggalan dengan arus semasa. Dengan adanya aliran Sains Tulen yang dibuka pada tahun ini pastinya akan meningkatkan lagi daya saing sekolah dalam arus pendidikan. Berbekalkan 41 orang Tenaga Pengajar dan 5 orang Kakitangan Bukan Mengajar akan menggalas VISI & MISI Sekolah dalam  memastikan Kecemerlangan Sekolah terus meningkat dari Tahun ke Tahun…

Sejarah sekolah

  • Instagram Social Icon
  • Blogger Social Icon
  • facebook-square

© 2016 by SMK Kalabakan Tawau sabah 

bottom of page