top of page
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
 
Bagi pihak sekolah dan pengurusan sekolah, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar kami, ibubapa dan keluarga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan.
 
Kami di Sekolah Menengah kebangsaan Kalabakan menghargai nilai persahabatan dan hubungan rapat. Begitu juga kami berharap ibu bapa dan  pelajar akan juga sentiasa menghargai nilai yang sama dalam usaha kita untuk hidup dalam aman dan damai. Kami benar-benar berharap bahawa pelajar kta akan mengikut contoh daripada pemimpi pelajar  dan mereka yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga dalam ko-kurikulum.
 
Saya berharap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan menjadi individu yang berperanan dan mempunyai pengetahuan yang luas yang akan membangun sekolah, keluarga, dan negara ini bersama-sama pada masa akan datang sebagai kesinambungan dan kemampanan kedaulatan serta kejayaan negara bergantung kepada anda
 
Akhir sekali, saya mohon ibu bapa dan keluarga untuk terus masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan dalam menggalakan anak-anak kita untuk bekerja keras ke arah kejayaan. Sentiasa meluang masa untuk bersama dengan mereka untuk memastikan bahawa mereka sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang terutamanya dalam kehidupan sekolah mereka.
 
Ibu bapa juga perlu memantau pencapaian akedemik anak mereka, dan bersama-sama dengan pihak sekolah bahawa mereka akan terus berusaha untuk berjaya dalam kehidupan mereka.
 
 
(EN. ARBIN BIN SETTA)
PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALABAKAN 
 

Kata Alu-Aluan Pengetua

  • Instagram Social Icon
  • Blogger Social Icon
  • facebook-square

© 2016 by SMK Kalabakan Tawau sabah 

bottom of page